Kadar pemberian vaksin bagi golongan berusia lima hingga 11 tahun di negara ini masih disifatkan pada tahap yang rendah sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dilancarkan Februari lalu.<br /><br />Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata setakat semalam, dianggarkan seramai 1.5 juta atau 42.3 peratus kumpulan tersebut lengkap menerima dua dos vaksinasi.
